Kerja Kursus Geografi PMR 2012 (Mine :D )
11:38 AM
Assalamualaikum w.b.t
Hello, Hai , Welcome :D
Okay, kali ni saya nak kongsi contoh Kerja Kursus Geografi PMR 2012 . Bolehlah kalau nak buat rujukan atau contoh .
One thing , kalau anda ada rujuk kerja kursus ini atau ambil mana-mana bahagian sebagai contoh,
saya minta jasa baik anda semua untuk sekurang-kurangnya meninggalkan sepatah dua kata di ruangan Komen pada post ini ataupun pada Chat Box di sebelah kanan Blog ini . Mudah saja kan ? :D
Okay, here it comes . Hope it will be a bit of help to all of you to complete yours :)
Ekosistem
Hutan Terganggu di Hutan Lipur Jeram Linang
18500 Machang, Kelantan
18500 Machang, Kelantan
Nama Pelajar: Achmad
Bakhtiar bin M Yuni
Nombor Kad Pengenalan :
970127-03-xxxx
Kelas : 3 Unggul
Sekolah : The Malay
College Kuala Kangsar
Nama Guru : Puan
Norsyazila binti Abdul Rahman
Senarai Kandungan
Perkara
Halaman
1)Penghargaan…………………………………………………………………………
2)Pendahuluan…………………………………………………………………………
3)Objektif Kajian……………………………………………………………………...
4)Kawasan Kajian……………………………………………………………………..
5)Kaedah Kajian……………………………………………………………………….
6)Dapatan Kajian………………………………………………………………………
7)Rumusan……………………………………………………………………………..
8)Lampiran……………………………………………………………………………..
9)Rujukan……………………………………………………………………………….
Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Anand bin Baharuddin, Pengetua
The Malay College Kuala Kangsar kerana telah memberi kebenaran dan sokongan
untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Norsyazila binti Abdul Rahman selaku guru subjek Geografi yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan
kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin
mengekspresikan penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya
yang telah banyak memberi sokongan moral serta membiayai segala kos yang
diperlukan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima
kasih saya tujukan kepada rakan-rakan saya iaitu, Khairul Syahman bin Juhar
serta Muhammad Amir bin Saari yang telah banyak membantu saya dalam proses
pengumpulan maklumat. Tanpa bantuan individu-individu di atas, saya yakin akan
menjadi sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Pendahuluan
Saya dan rakan-rakan setingkatan telah diwajibkan untuk menyiapkan kerja kursus Geografi sebagai salah satu tugasan PMR kami. Oleh itu, saya telah memilih untuk membuat kajian tentang soalan pertama iaitu tentang Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan Kajian. Tajuk kajian saya bagi kerja kursus ini ialah Ekosistem Hutan Terganggu Di Hutan Lipur Jeram Linang.
Saya memilih Hutan Lipur Jeram Linang
sebagai kawasan kajian untuk kerja kursus ini kerana pada hemat saya hutan ini
memainkan banyak peranan bukan sahaja untuk penduduk di sekitar kawasan ini
malah kepada flora dan fauna yang menghuni hutan ini. Jika ekosistem hutan ini
tidak dijaga, saya yakin banyak masalah yang akan timbul lantas menyusahkan banyak
pihak.
Saya menjalankan kajian ini semasa cuti
persekolahan penggal pertama. Kajian ini mengambil masa seminggu iaitu dari 12
Mac sehingga 18 Mac. Saya menulis laporan kajian ini secara individu
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara individu dengan bantuan beberapa
pihak yang lain seperti keluarga dan rakan-rakan. Laporan kajian ini berjaya
disiapkan dalam masa 3 bulan iaitu dari bulan Mac sehingga bulan Mei.
Objektif
Kajian
Kajian ini dijalankan
adalah bertujuan untuk :
a)
Mengenal pasti dan menyatakan konsep
ekosistem hutan.
b)
Mengenal pasti dan menyenaraikan
kepentingan ekosistem hutan di Hutan Lipur Jeram Linang.
c)
Mengenal pasti dan menyenaraikan
faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan di Hutan Lipur Jeram Linang
terganggu.
d)
Mengenal pasti dan menyenaraikan
cadangan-cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di Hutan
Lipur Jeram Linang.
Kawasan Kajian
Kawasan yang saya kaji untuk tugasan ini
ialah Hutan Lipur Jeram Linang. Hutan lipur ini telah dibangunkan semenjak
1983. Ia dirasmikan dengan pembukaannya oleh Menteri Besar Kelantan pada 21hb
Mac 1984. Hutan ini terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat di dalam Jajahan
Pasir Puteh,Kelantan.
Hutan Lipur Jeram Linang terdiri daripada
jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan Pamah. Hutan lipur ini mempunyai pelbagai
flora dan fauna yang mendiaminya. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh
dijalankan disini seperti berehat, mandi-manda, berkhemah. Beberapa kemudahan
turut disediakan untuk memastikan keselesaan para pengunjung seperti pondok
rehat, dewan, surau, gerai dan lain-lain. Hutan lipur ini juga sesuai untuk
melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama keluarga dan rakan-rakan
seperti trekking, berjogging, dan bersiar-siar.
Lokasi hutan lipur ini ialah lebih
kurang 22km dari bandar Machang dan 14km dari Bandar Pasir Puteh. Jarak
perjalanan dari persimpangan jalan utama Pasir Puteh-Machang ke Hutan Lipur
Jeram Linang ini ialah sejauh 2.6km. Pengunjung boleh sampai ke Hutan Lipur
Jeram Linang dengan menaiki kenderaan sendiri atau sewaan. Tiada pengangkutan
awam seperti bas yang melalui jalan hutan lipur ini. Di sebelah kiri dan kanan
jalan masuk sejauh 2.6km dari persimpangan jalan utama Pasir Puteh- Machang ke
Hutan Lipur Jeram Linang ini ialah kawasan tanah milik dan jalan bertar.
Peta
Boleh didapati di Internet .
-------> http://ptjpp.kelantan.gov.my/v4/images/stories/gambar_ptjpp/peta_pasir_puteh.gif
Peta
Daerah Pasir Puteh
Peta Hutan Lipur Jeram Linang
boleh didapati di Internet .
--------> http://www.mdmachang.gov.my/image/image_gallery?uuid=0fe7304e-7c3f-4c2d-94a4-e82d3c322dac&groupId=10131&t=1234354030927
# Perhatian ! Peta kawasan kajian (peta diatas) mestilah dilukis menggunakan tangan ! Sila rujuk helaian soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2012 untuk maklumat lebih lanjut .
boleh didapati di Internet .
--------> http://www.mdmachang.gov.my/image/image_gallery?uuid=0fe7304e-7c3f-4c2d-94a4-e82d3c322dac&groupId=10131&t=1234354030927
# Perhatian ! Peta kawasan kajian (peta diatas) mestilah dilukis menggunakan tangan ! Sila rujuk helaian soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2012 untuk maklumat lebih lanjut .
Kaedah Kajian
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,
pelbagai kaedah telah saya gunakan dan praktikkan sepanjang proses pengumpulan
bahan dan maklumat. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah melalui
pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian yang teliti terhadap
kawasan,aktiviti,kemudahan serta sebagainya yang terdapat di Hutan Lipur Jeram
Linang. Saya telah melakukan pemerhatian selama beberapa hari di kawasan kajian
semasa cuti sekolah.
Selain itu, saya turut melakukan rujukan
terhadap kawasan kajian , iaitu Hutan Lipur Jeram Linang melalui beberapa laman
sesawang yang terdapat di Internet. Saya telah berjaya mendapatkan maklumat
tambahan berkaitan sejarah, latar belakang serta pelbagai informasi tambahan
tentang kawasan kajian melalui kaedah ini. Ternyata laman-laman sesawang
tersebut banyak membantu sepanjang proses pengumpulan maklumat bagi
menyelesaikan tugasan ini.
Dapatan Kajian
Konsep
Ekosistem Hutan di Hutan Lipur Jeram Linang
Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan
pertukaran bahan-bahan antara bahagian-bahagian yang hidup dan yang tidak hidup
di dalam suatu sistem. Ia turut dikenali dengan istilah biotik dan abiotic. Ekosistem
dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran bahan dan transformasi energi yang
sepenuhnya berlangsung d iantara berbagai-bagai komponen dalam sistem itu
sendiri atau dengan sistem lain di luarnya.
Di Hutan Lipur Jeram Linang , ekosistem hutannya dapat ditakrifkan sebagai kerjasama dan pergantungan antara komponen hidup dan komponen tidak hidup. Komponen biotik yang terlibat dalam ekosistem hutan ialah seperti tumbuhan hijau yang bertindak sebagai pengeluar pelbagai peringkat pengguna.
Manakala komponen abiotik ialah:
a)
Tenaga matahari: berperanan membekalkan tenaga kapada pengeluar &
menjamin suhu yang tinggi.
b) Hujan: pembekal utama sumber air kepada
komponen biotik. Hujan turun dengan lebat kira-kira 2000mm setahun.
c)
Tanih: berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa
kimia yang menghasilkan pelbagai jenis regolit ataupun tanih seperti tanah
laterit, tanah liat, tanah pasir & sebagainya.
Kepentingan
Ekosistem Hutan di
Hutan Lipur Jeram Linang
Hutan Lipur Jeram Linang
Hutan dianggap sebagai sumber yang boleh
diperbaharui.Benar, tetapi untuk memperbaharuinya mengambil masa yang agak
lama. Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan, sukar
untuk pulih seperti sediakala. Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan
Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan
biotik dan abiotik. Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di
dalam kehidupan manusia.
Di Hutan Lipur Jeram, ekosistem hutan
merupakan salah satu faktor yang amat penting bagi menjamin kestabilan hutan.
Antara kepentingan ekosistem hutan terhadap Hutan Lipur Jeram Linang ialah
sebagai habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang
mendiami hutan ini seperti pokok jenis Kenangan Hutan dan sebagainya.
Haiwan-haiwan seperti monyet, ular dan sebagainya turut menjadikan hutan ini
sebagai habitat mereka bagi menjamin kemandirian spesis.
Selain
itu, hutan ini juga berfungsi untuk menyederhanakan suhu kawasan sekelilingnya.
Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon dioksida
dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam
pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan penting sebagai agen penyejuk
serta menyederhanakan kawasan yang panas.Dengan pembalakan secara berleluasa
tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas.Fenomena pemanasan
global biasanya dikaitkan denga n kesan rumah hijau dan pertambahan karbon
dioksida.
Seterusnya, Hutan Lipur Jeram Linang penting
sebagai ekopelancongan. Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan
ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko
pelancongan sangat bertepatan dengan Hutan Lipur Jeram Linang ini kerana saban
hari semakin ramai orang yang datang berkunjung ke sini untuk menikmati
keindahan alam di samping meluangkan masa cuti bersama keluarga serta
rakan-rakan.
Di samping itu, Hutan Lipur Jeram Linang
juga sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber makanan serta buah-buahan.Buah-buahan
atau tumbuhan yang tumbuh secara meliar di dalam hutan ini boleh menjadi sumber
makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam. Selain itu, ada juga
pihak yang mengusahakan tanaman buah-buahan di sekitar kawasan hutan ini memandangkan
tanahnya yang subur sesuai untuk penanaman pelbagai jenis tumbuhan.
Saya bersyukur kerana melalui penyelidikan
yang telah saya jalankan bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat
mengetahui tentang kepentingan ekosistem Hutan Lipur Jeram Linang terhadap
pelbagai pihak. Tambahan pula, ia menyedarkan diri saya tentang betapa
pentingnya ekosistem hutan ini terhadap manusia dan alam sekitar.
Faktor
Yang Menyebabkan Ekosistem Hutan
Terganggu Di Hutan Lipur Jeram Linang
Terganggu Di Hutan Lipur Jeram Linang
Melalui kajian dan penyelidikan yang telah
saya lakukan terhadap Hutan Lipur Jeram Linang, saya mendapati bahawa ekosistem
hutan ini terganggu. Terdapat beberapa faktor yang menunjangi permasalahan ini.
Antaranya ialah pembinaan petempatan. Terdapat segelintir penduduk di kawasan
sekitar yang telah membina beberapa buah rumah serta gerai bagi kegunaan serta
keuntungan diri mereka sendiri. Hal ini jelas menjejaskan habitat semula jadi
haiwan-haiwan serta tumbuhan yang mendiami kawasan tersebut sekaligus
menjejaskan ekosistem hutan ini.
Seterusnya, hal ini juga berlaku kerana perubahan
cuaca dan iklim.Kejadian kemarau yang kadang kala berlaku secara berpanjangan
di sini menyebabkan tumbuhan mati. Ia menyebabkan berlaku kepupusan terhadap
pengeluar iaitu tumbuhan hijau. Dengan ini, pengguna akan menghadapi masalah ketidakcukupan makanan dan
hal ini jelas mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran tenaga
seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.
Selain itu, ekosistem Hutan Lipur Jeram
Linang turut terganggu disebabkan oleh aktiviti pembalakan yang berleluasa. Terdapat
pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan aktiviti ini secara
tersembunyi dan tidak terkawal. Aktiviti ini menyebabkan kemusnahan spesies
fauna dan flora secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan
habitat mejejaskan ciri ekologi dan mengganggu ekosistem tersebut.
Di samping itu, penerokaan sumber merupakan
salah satu faktor yang menjadi tunjang utama terhadap gangguan ekosistem di
Hutan Lipur Jeram Linang. Hutan yang menyimpan pelbagai tumbuhan herba seperti
misai kucing dan tongkat ali menjadikan banyak pihak yang meneroka hutan ini
bagi mendapatkan tumbuhan-tumbuhan tersebut. Penerokaan sumber telah
menyebabkan banyak pokok yang tidak berguna ditebang demi memudahkan proses
pencarian tumbuhan yang berharga. Oleh itu, rantaian makanan akan terganggu
sekaligus menjejaskan ekosistem hutan ini.
Akhir sekali, ekosistem hutan di kawasan
kajian turut terganggu disebabkan oleh aktiviti pelancongan yang saban hari
semakin pesat. Ramai pelancong yang berkunjung ke sini untuk aktiviti
perkhemehan, jungle trekking dan bermandi-manda. Mereka bukan sahaja
meninggalkan sampah di dalam hutan malah mencemarkan hutan dengan melakukan
pembakaran, menebang pokok demi keseronokan dan sebagainya. Hal ini menjejaskan
kestabilan ekologi hutan dan menjerumus kepada gangguan ekosistem hutan.
Saya bersyukur kerana melalui kajian yang
telah saya lakukan, saya telah mempelajari faktor-faktor yang menyebabkan
ekosistem Hutan Lipur Jeram Linang terganggu. Kajian ini telah menyebabkan saya
sedar bahawa pentingnya untuk manusia bagi menjaga serta mengekalkan kestabilan
ekosistem hutan di negara kita.
Kesan Ekosistem Hutan Terganggu Di
Hutan Lipur Jeram Linang
Hutan Lipur Jeram Linang
Saya telah menyatakan
pada halaman lepas tentang gangguan ekosistem di Hutan Lipur Jeram Linang serta
faktor-faktor yag menyebabkan gangguan tersebut berlaku. Di sini, saya ingin
menyatakan tentang kesan-kesan yang timbul rentetan daripada gangguan ekosistem
hutan di Hutan Lipur Jeram Linang.
Antara
implikasi yang timbul daripada permasalahan ini ialah meningkatkan kadar
hakisan. Aktiviti pembalakan di hutan ini menyumbang kepada berlakunya hakisan
tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di
bawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan
struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan
menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan
lincin akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut
membahayakan nyawa manusia. Nyawa manusia terancam apabila ada
pelancong-pelancong yang datang melawat kawasan tersebut lalu ditimpa tanah
runtuh.
Selain itu, gangguan ekosistem hutan di
kawasan kajian turut menyebabkan kekurangan sumber kayu balak. Pokok-pokok
balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan lain-lain akan
musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan
industri perabot, industri kayu dan lain-lain. Hal akan ini menjejaskan
pendapatan penduduk dan negara. Seterusnya, gangguan ekosistem hutan juga
menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku sehingga menyumbang
kepada pemanasan global. Hal ini menyebabkan
berlakunya peningkatan suhu.
Saya bersyukur kerana melalui penyiapan
tugasan ini, saya telah dapat mengetahui tentang kesan-kesan yang timbul akibat
daripada gangguan ekosistem hutan di Hutan Lipur Jeram Linang. Hal ini
menimbulkan rasa prihatin dalam diri saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk
memelihara hutan-hutan di negara kita.
Cadangan
Untuk Mengurangkan Kesan Ekosistem Hutan Terganggu Di Hutan Lipur Jeram Linang
Kita telah sedia maklum tentang
kesan-kesan yang timbul akibat daripada gangguan ekosistem hutan. Berikut
merupakan cadangan yang saya fikirkan relevan bagi mengatasi masalah ini
daripada terus berlaku tanpa kawalan. Antara cadangan yang sesuai bagi
menstabilkan ekosistem hutan di Hutan Lipur Jeram Linang adalah dengan
menguatkuasaan undang-undang yang telah sedia ada. Kerajaan telah meluluskan
akta perhutanan Negara dan akta industri berasaskan kayu pada tahun 1984. Di
bawah akta ini telah menggariskan beberapa larangan seperti, memasuki kawasan
hutan kekal, menebang, memotong dan lain-lain. Mereka yang melakukan kesalahan
akan dibawa ke mahkamah dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara.
Selain itu, ekosistem hutan dapat
dikawal melalui pendidikan. Pendidikan tentang alam sekitar boleh dilaksanakan
pada dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar
dalam mata pelajaran Geografi dan juga melalui peringkat kempen kesedaran alam
sekitar. Kempen kesedaran alam sekitar biasanya dilaksanakan oleh badan bukan
kerajaan (NGO) seperti Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam
Sekitar (SAM). Kempen-kempen seperti ini haruslah diperbanyak dan digiatkan
lagi pengajurannya agar dapat meninggalkan impak yang positif secara efektif
terhadap setiap individu di negara kita.
Seterusnya, penyelidikan dan
pembangunan juga boleh dipraktikkan bagi mengatasi gangguan ekosistem hutan di
Hutan Lipur Jeram Linang. Pihak-pihak seperti Jabatan Perhutanan seharusnya
mengadakan penyelidikan yang terperinci serta memikirkan cara-cara yang sesuai
agar tanaman yang mengalami kepupusan dapat dijaga dan dibiak kembali bagi
mengelakkan kepupusan spesis. Selain itu, inisiatif haruslah difikirkan agar
habitat flora dan fauna dapat dijaga dan dielakkan daripada berlakunya
pencerobohan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan gangguan
ekosistem hutan di negara kita.
Saya bersyukur kerana melalui kajian ini, saya telah dapat mencadangkan beberapa cara yang relevan bagi mengurangkan kesan gangguan ekosistem hutan di negara kita. Ia telah menyebabkan saya sedar akan kepentingan untuk menjaga kestabilan ekosistem hutan di negara kita.
Saya bersyukur kerana melalui kajian ini, saya telah dapat mencadangkan beberapa cara yang relevan bagi mengurangkan kesan gangguan ekosistem hutan di negara kita. Ia telah menyebabkan saya sedar akan kepentingan untuk menjaga kestabilan ekosistem hutan di negara kita.
Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati ekosistem atau
sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara bahagian-bahagian
yang hidup dan yang tidak hidup di dalam suatu sistem.
Selain itu, saya mendapati
bahawa kepentingan ekosistem hutan di Hutan Lipur Jeram Linang ialah sebagai
habitat flora dan fauna, menyederhanakan suhu kawasan
sekelilingnya,ekopelancongan dan juga sumber makanan. Saya telah mengenalpasti
faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan di Hutan Lipur Jeram Linang
terganggu iaitu pembinaan petempatan, perubahan cuaca dan iklim, aktiviti
pembalakan, penerokaan sumber hutan dan aktiviti pelancongan.
Seterusnya, saya mendapati
bahawa kesan-kesan gangguan ekosistem hutan di kawasan kajian ialah
meningkatkan kadar hakisan, mengancam nyawa manusia, kekurangan sumber kayu
balak, dan juga peningkatan suhu. Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan
bagi mengurangkan kesan gangguan ekosistem di kawasan kajian iaitu dengan
menguatkuasakan undang-undang, memberikan pendidikan alam sekitar, menganjurkan
kempen alam sekitar, dan juga mengadakan penyelidikan dan pembangunan.
Apabila kesan gangguan
ekosistem hutan dapat dikurangkan atau dibasmi, adalah tidak mustahil bagi
negara kita untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.Saya berasa bangga dan bersyukur
kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar. Melalui kerja kursus
ini, pelbagai perkara telah saya pelajari dan fahami.
Lampiran
Saya tidak meletakkan lampiran memandangkan bahan-bahan seperti gambar dan sebagainya sukar untuk
diupload . Oleh itu, anda boleh meletakkan bahan-bahan yang bersesuaian di ruangan ini. Antara bahan
yang sesuai untuk diletakkan ialah :
- Salinan kad pengenalan calon , orang yang ditemu duga, orang sumber
- Borang soal selidik (jika ada)
- brouchure
- Gambar melawat tempat kajian
- Dokumen-dokumen yang berkaitan
# Gambar-gambar tempat kajian ini boleh didapati di Internet :
------> https://www.google.com.my/search?q=peta%20daerah%20pasir%20puteh&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-GB:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=ROzET_-NA8q8rAeZ9_jrCQ&biw=1024&bih=536&sei=SezET6qHIYrxrQeuivXrCQ#um=1&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-GB%3Aofficial&biw=1024&bih=536&tbm=isch&sa=1&q=hutan+lipur+jeram+linang&oq=hutan+lipur+jeram+linang&aq=f&aqi=&aql=&gs_l=img.12...0.0.1.2041.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0...0.0.4l1vzJUc5-M&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&fp=8ec2d881f2ccceb5
Rujukan
1)Buku
teks Geografi Tingkatan 3 , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004
2)Orang
Sumber:
Nama
: Saleha binti Saleh
Umur : 39 Tahun
Alamat : No 8, Lot 2550 KG Batu 8, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Pekerjaan : Guru
Umur : 39 Tahun
Alamat : No 8, Lot 2550 KG Batu 8, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Pekerjaan : Guru
3)Rujukan
daripada Internet :
http://pondoksiti.blogspot.com/2011/02/kerja-kursus-geografi-2011-part-1.html
http://smrpanjang.blogspot.com/2010/05/sistem-ekologi.html
http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/kesan-pembalakan.html
http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stae2213/kump3/kesan%20keburukan%20penbinaan%20empangan.htm
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/05/kerja-kursus-geografi-penulisan-rujukan.html
http://www.mdmachang.gov.my/airterjunjeramlinang
http://www.forestry.gov.my/index.php/ms/component/content/210.html?task=view
Itu sahaja. Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada di sini ataupun di :
- Facebook : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: bakhtiar97
-Twitter : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: @ImBakhtiar
Sekian,
Achmad Bakhtiar M Yuni
15
The Malay College Kuala Kangsar
http://smrpanjang.blogspot.com/2010/05/sistem-ekologi.html
http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/kesan-pembalakan.html
http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stae2213/kump3/kesan%20keburukan%20penbinaan%20empangan.htm
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/05/kerja-kursus-geografi-penulisan-rujukan.html
http://www.mdmachang.gov.my/airterjunjeramlinang
http://www.forestry.gov.my/index.php/ms/component/content/210.html?task=view
Itu sahaja. Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada di sini ataupun di :
- Facebook : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: bakhtiar97
-Twitter : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: @ImBakhtiar
Sekian,
Achmad Bakhtiar M Yuni
15
The Malay College Kuala Kangsar
1 comments
assalamualaikum, hye!nice having new friends, you share is usch an awesome helps for me, not just in sejarah scrapbook , but also in making geo's folio, thanks, may Allah bless you always(:
ReplyDeleteYour comment reflects yourself .
So, do leave a comment in a good way :)
Thank you :D