Karangan Syarahan - Remaja Pemangkin Negara

9:34 AM

Kerja Rumah Cuti Penggal Pertama – Karangan Syarahan (Achmad Bakhtiar Bin M Yuni)

Tajuk : Remaja Pemangkin Negara. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

  Masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang bermastautin di negara tersebut . Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji keadilan, guru-guru yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas , rakan-rakan seperjuangan yang turut sama berjuang untuk bergelar juara serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Teguh berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, “Remaja Pemangkin Negara” .

Hadirin sekalian,

  Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan hanya sekadar kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah hipotesis yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang teliti. Jelas terbukti bahawa remaja pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, golongan separa matang ini merupakan benih-benih yang bakal bercambah dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jika mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun, jika mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur berkecailah masa depan negara tersebut.

  Seterusnya, jika kita amati dan perhalusi keadaan terkini di negara kita, boleh dikatakan bahawa masa depan negara kita belum lagi terjamin malah umpama, “telur di hujung tanduk” kerana majoriti daripada golongan remaja di negara kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila hampir sahaja setiap hari berita tentang remaja yang terjerumus dengan gejala negatif seperi pergaulan bebas, vandalisme, gangsterisme, serta mencuri terpampang di dada-dada akhbar tempatan.Jika hal ini berterusan dan dibiarkan begitu sahaja, maka negara kita akan mengalami kemunduran yang drastik serta konsisten. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan negara malah tidak mustahil usaha para prajurit yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara akan terbuang begitu sahaja jika tanah air yang tercinta ini kembali berada dalam cengkaman penjajah durjana.
Warga dewan sekalian,

  Oleh yang demikian, perancangan yang pragmatik serta inisiatif yang efektif haruslah dirancang dan diimplimentasikan dengan kadar segera agar permasalahan ini dapat dicegah sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat”.Antara usaha yang wajar diambil oleh pihak seperti Kementerian Pelajaran Negara adalah dengan memberikan pendedahan serta pendidikan kepada remaja tentang kepentingan diri mereka terhadap masa depan negara sejak di bangku sekolah lagi.Pada tempoh ini, remaja lebih mudah untuk dibentuk dan diasuh bagi menjadi modal insan yang berkualiti kerana mereka masih belum pandai untuk melawan dan hanya akan mengiyakan setiap butir kata yang disemai dalam diri mereka. Hal ini sesuai dengan pepatah yang mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

  Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka membesar untuk menjadi orang yang berguna terhadap negara. Dalam konteks tumbesaran anak-anak, bukan sahaja tumbesaran fizikal yang harus difokuskan, malah tumbesaran emosi serta kematangan minda mereka juga harus dititikberatkan. Ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian terhadap perkembangan emosi dan minda cahaya mata mereka untuk memastikan anak mereka dapat membezakan antara kaca dan permata sekaligus mencegah diri mereka daripada hanyut dibawa badai kemusnahan gejala sosial yang kian meruncing. Teknik-teknik seperti pendedahan secara berperingkat hendaklah diamalkan agar nilai murni dapat disemai secara progresif serta dapat meninggalkan impak yang positif dalam diri anak-anak.

  Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini, izinkan saya untuk mendeklamasikan sebuah pantun yang berbunyi,


Bunga mawar bunga melati,
Bunga dipetik untuk sang puteri,
Remaja bestari modal insan yang terpuji,
Menjamin masa depan negara yang hakiki.

Sekian, terima kasih.

(550 patah perkataan)

You Might Also Like

11 comments

  1. Syarahan ini penuh dengan ayat gramatis yang sangat baikkkk dan banyak membantu saya.TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Syarahan yang bagus & amat membantu tetapi; sekaligus = sekali gus & Hal ini demikian kerana, = Hal ini demikian kerana (tanpa ','). Terima kasih!

    ReplyDelete
  3. Dahsyat nya ayat !! It really inspired me

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Syarahan ini sangat bagus dan banyak membantu saya. Mohon menggunakannya bagi ujian lisan Bahasa Melayu tingkatan 5.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas syarahan yang sangat membantu saya untuk menyampaikan syarahan dengan baik😁

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ayat yg digunakan sangat bagus Dan tepat. Perkataan yg digunakan sangat sesuai.

    ReplyDelete
  8. Sangat membantu.Mohon untuk menggunakan teks syarahan yang bernas ini untuk ujian lisan Bahasa Melayu tingkatan 5.

    ReplyDelete
  9. Sangat membantu.Mohon untuk menggunakan teks syarahan yang bernas ini sebagai medium bagi ujian lisan Bahasa Melayu tingkatan 5.

    ReplyDelete

Your comment reflects yourself .
So, do leave a comment in a good way :)
Thank you :D