6:12 AM
Bahagian C – (40 Markah)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
4. Gaya hidup moden menyebabkan masyarakat semakin mengabaikan amalan pemakan yang seimbang.
Tulis karangan tentang pengabaian amalan pemakanan yang tidak seimbang.
Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang tidak pernah menemui titik noktah dalam perkembangannya, kita acapkali tersentak apabila dikejutkan isu pengabaian amalan pemakanan yang seimbang dalam kalangan masyarakat di negara kita. Hal ini didapati semakin hari semakin menjadi-jadi menyebabkan banyak pihak yang khuatir akan implikasi yang mugkin timbul akibat daripada permasalahan ini. Persoalannya di sini, bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Isu ini berlaku rentetan daripada gaya hidup moden masyarakat di negara kita setelah era pascaperindustrian yang mula mengambil tempat di negara kita sejak beberapa tahun dahulu. Oleh itu, faktor-faktor yang menjadi teras utama terhadap permasalahan ini haruslah diperincikan hingga ke akar umbi agar langkah-langkah yang pragmatik serta tindakan yang drastik dapat diatur dan diimplimentasikan bagi mengatasi masalah ini.
Amalan gaya hidup moden merupakan salah satu faktor yang menunjangi masalah ini. Umum mengetahui bahawa kesedaran tentang kemodenan semakin meningkat dalam diri setiap individu di negara kita sejak akhir-akhir ini. Hal ini menjadikan mereka seakan-akan obsess untuk mengejar arus kemodenan yang sedang berkembang pesat di samping melengkapkan diri masing-masing dengan pelbagai peralatan dan perhiasan diri yang kononnya dapat meninggikan status mereka dalam khalayak ramai. Perkara ini sekaligus menjerumuskan diri mereka kepada pengabaian amalan pemakanan yang seimbang kerana mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya. Saintis di seluruh dunia mendapati bahawa makanan-makanan tersebut tidak dapat menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan. Tambahan pula, ia turut menjadi punca utama kepada penyakit kronik seperti obesiti.
Seterusnya, pengabaian amalan pemakanan yang seimbang turut berlaku hasil daripada sikap sesetengah daripada masyarakat kita yang terlalu sibuk dengan kerjaya. Pada zaman serba moden ini, harga barangan semakin hari semakin melambung di pasaran serta kos sara hidup yang tinggi lebih-lebih lagi di kawasan bandar menyebabkan masyarakat di negara kita perlu membanting tulang empat kerat bagi menampung kos kehidupan seharian. Namun begitu, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengabaikan amalan pemakanan yang seimbang. Hal ini demikian kerana harta dan kekayaan yang diburu oleh mereka mungkin tidak akan tercapai apabila harta yang sedia ada terpaksa digunakan bagi merawat komplikasi kesihatan seperti darah tinggi yang terjadi rentetan daripada kecuaian diri mereka sendiri. Hal ini samlah seperti pepatah Melayu yang mengatakan, “ yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” .
Selain itu, mendidik sejak di peringkat sekolah lagi merupakan salah satu insiatif yang dapat diambil bagi mengatasi permasalahan ini. Umum mengetahui bahawa pada usia pra-matang ini, seseorang individu itu lebih muda untuk dibentuk dan dididik bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu, mendidik kanak-kanak tentang kepentingan amalan pemakanan yang seimbang merupakan suatu langkah yang efektif serta bakal meninggalkan impak yang positif dalam diri mereka. Selain itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kementerian Kesihatan sewajarnya menganjurkan kempen kesedaran tentang amalan pemakanan yang seimbang dan kesan-kesan buruk yang akan timbul jika mereka mengabaikannya. Dengan ini, kesihatan rakyat di negara kita akan terjamin malah ekonomi negara dapat ditingkatkan kerana kerajaan tidak perlu banyak melaburkan wang bagi menampung kos perubatan di pusat-pusat kesihatan kerajaan. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan,”sambil menyelam minum air”.
Bagi menggulung segala pernyataan di atas, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa pengabaian amalan pemakanan yang seimbang bakal mendatangkan variasi kesan negatif jika tidak ditangani dengan kadar segera.Oleh itu, rakyat haruslah bekerjasama dengan pihak seperti kerajaan bagai,“aur dengan tebing” agar masalah ini dapat dihapuskan hingga ke akar umbi. Dengan ini, setiap seorang daripada rakyat di negara kita haruslah mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang bagi memajukan negara agar Visi 2020 dapat dicapai.
(530 patah perkataan)
-Achmad Bakhtiar M Yuni

1 comments
Wah thank you very much for the writing!
ReplyDeleteYour comment reflects yourself .
So, do leave a comment in a good way :)
Thank you :D