Article
Sejarah - Pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain, kritik pemanasan global yang kian meruncing pada masa kini
1:02 PM
Kutujukan sedikit pencarian dan pendapatku ini buat rakan-rakan Quad P yang sedang bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan sejarah yang telah diberikan oleh Cikgu Fiza. Harap dengan adanya nota ini, sedikit sebanyak dapat membantu kalian :)
Soalan diberi: Pertembungan antara tamadun islam dgn tamadun barat tlah memberi implikasi yg negatif terhadap masyarakat eropah dan juga masyarakat islam. Anda diminta mengkritik isu pemanasan global yang kian meruncing kini
Secara umumnya: Tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain melalui 5 cara iaitu perdagangan dan perniagaan, hubungan diplomatik, penaklukan dan ketenteraan, kebudayaan danintelektual. Sebelum wujudnya tamadun Islam di dunia, telah wujud tamadun-tamadun lain yang sering kita dengar dan tahu seperti Mesopotamia, Mesir Purba, India, China, Yunani, Rom dan lain-lain. Setelah lahirnya tamadun Islam, tamadun-tamadun tersebut telah bertembung dengan tamadun Islam.
Antara pertembungan tamadun Islam
:1) Tamadun Yunani- Rom di Mesir ----> Amr bin al-As telah menakluk Mesir semasa pemerintahan Khalifah Umar
2) Tamadun Parsi ------> Perluasan kuasa ke Baghdad
3) Tamadun Eropah ----> kerajaan Bani Umaiyah takluk Qayrawan di Utara Afrika
-----> Islam tiba di Pantai Sepanyol
Apabila berlakunya pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain, akan berlaku dua proses utama iaitu interaksi dengan asimilasi. Interaksi boleh kita takrifkan sebagai tindakan dan perlakuan antara dua atau lebih pihak yang akan mendatangkan kesan atau impak terhadap salah satunya ataupun kedua-dua sekali. Asimilasi pula adalah percampuran yang berlaku hasil interaksi dua tamadun tadi yang akan menghasilkan suatu kebudayaan, amalan, atau pegangan yang baharu dan pada masa yang sama dapat menghakis ciri-ciri kebudayaan asli salah satu tamadun atau kaum ataupun kedua-duanya sekali.
Berbalik kepada pokok perbincangan, pertembungan tamadun islam dengan tamadun Eropah mendatangkan kesan yang negatif terhadap kedua-dua masyarakat tersebut. Sejak kurun ke-18 dan ke-19, masyarakat dan dunia Islam telah dilanda sifat jumud iaitu kaku ataupun beku terutama dari aspek pemikiran dan memiliki ciri-ciri kejahilan. Islam sebagai suatu cara kehidupan, syiar dan syariat hanya tinggal pada nama dan lambangnya. Ini membuka ruang dan peluang yang luas kepada masyarakat Eropah serta terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal termasuk budaya, politik dan ketenteraan. Serangan berbentuk pemikiran dan fizikal ini merupakan sebagai suatu tindak balas dunia Barat terhadapkekalahan dan keaiban mereka di dalam beberapa siri Perang Salib, di samping untuk menguasai sumber kekayaan ekonomi negara- negara Islam. Hal yang lain pula berlaku kepada masyarakat Tamadun Eropah.
Melalui pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah, masyarakat Eropah telah dapat memperoleh pelbagai faedah terutamanya dari segi perkembangan ilmu pengetahuan. Tetapi, pada yang sama, pertembungan turut berlaku secara peperangan dan mengakibatkan beberapa keburukan. Sebagai contoh, Cordova berperang dengan tentera Charlemagne - seorang Raja Itali pada tahun 778. Di Sepanyol peperangan selalu berlaku antara tentera Islam dengan kerajaan-kerajaan Kristian di bahagian utara Sepanyol, iaitu Leon, Castile, Navarra, dan Barcelona. Melalui peperangan, tentera Kristian terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan Islam, organisasi dan ketenteraan Islam, sistem politik dan ekonomi-sosial. Dengan ini, sebahagian masyarakat di Eropah telah mengalami perubahan. Sebahagian daripada mereka telah terpengaruh dengan unsur-unsur yang dibawa oleh Islam. Dari perspektif seseorang dari Eropah yang pada waktu itu beragama Kristian, perkara tersebut merupakan satu impak yang negatif kerana nilai Barat telah mula terhakis dalam diri masyarakat Eropah.
----------------------------------------- Pemanasan Global --------------------------------
Jadi? Setelah membaca segala perkara di atas, apakah elemen dan unsur yang dapat kita sabitkan atau hubungkaitkan dengan isu pemanasan global?Setelah berbincang, berikut merupakan antara faktor munasabah:Aspek-aspek:
1) Pembangunan
2) Sosial
3) Persaingan
4)Peperangan - Usaha untuk menjadi empayar terbesar dan kuasa terkuat
5)Kajian dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
Saya telah diberitahu bahawa antara klu yang telah diberi oleh cikgu ialah berkenaan dengan ETIKA. Oleh itu, ingin saya jelaskan serba sedikit tentang perkara ini. Saya takrifkan etika sebagai nilai moral positif yang diamalkan dalam kehidupan seperti kebaikan dalam tingkah laku, pegangan, pemikiran dan sebagainya. Jadi, apakah yang dapat kita simpulkan sekiranya seseorang itu dikatakan beretika? Beretika bermaksud seseorang itu menjalani kehidupan yang baik dengan membiasakan diri sendiri untuk mengamalkan nilai-nilai kebaikan sepanjang masa.
Berbalik kepada faktor yang menyumbang kepada pemanasan global - Pembangunan. Seperti yang kita sedia maklum, untuk sesuatu pembangunan itu berlaku, perlu adanya sumber semula jadi yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti tapak pembinaan, bahan-bahan binaan, perhiasan tambahan dan sebagainya. Pembangunan yang terlalu pesat dan tidak terkawal menyebabkan bahan-bahan seperti tanah, pokok-pokok dan sumber lain digunakan dengan terlalu cepat. Aktivti manusia seperti penebangan hutan dalam skala yang besar, pembalakan haram dan sebagainya menimbulkan pelbagai kesan negatif. Secara rasionalnya, tidak salah untuk manusia melakukan pembangunan kerana ia merupakan salah satu proses adaptasi manusia terhadap alam sekeliling apabila berlakunya kemajuan dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Namun begitu, sifat manusia yang tamak dan rakus telah mengaburi sempadan antaraKEPERLUAN dan KEHENDAK. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada masyarakat Eropah, tetapi turut berlaku kepada masyarakat Islam itu sendiri. Seperti yang telah kita bincangkan di atas, telah berlaku interaksi dan asimilasi antara tamdun islam dengan tamadun eropah. Melalui proses tersebut, sebahagian besar umat Islam telah terpengaruh dengan budaya Barat yang dibawa oleh masyarakat Eropah dari pelbagai aspek -sosial, cara pemakaian, struktur bangunan, pegangan, mindset dan sebagainya. Dengan ini, nilai asli yang dibawa oleh Islam sedikit demi sedikit terhakis dan digantikan dengan budaya Barat. Padahal, sejarawan dan tokoh falsafah Islam dahulu kala telah menyifatkan tamadun sebagai kemajuan secara Lahiriah dan Rohaniah. Setelah terkesan dengan pengaruh tersebut, masyarakat Islam telah mempunyai pegangan yang sama dengan masyarakat Barat iaitu mengutamakan pembangunan LAHIRIAHsahaja.
Sosial:
Budaya hedonisme barat yang telah sebati dengan hampir seluruh dunia termasuk masyarakat Islam sendiri turut menyumbang kepada pemanasan global. Peningkatan sambutan dan penerimaan masyarakat di seluruh dunia terhadap hiburan menyebabkan berlakunya peningkatan drastik terhadap pembinaan pusat-pusat hiburan. Hal ini berkaitan dengan aspek pembinaan sebentar tadi. Pusat hiburan yang kini terdapat hampir di mana-mana sahaja bukanlah satu keperluan manusia. Hal ini terbukti apabila masyarakat dahulu kala mampu hidup tanpa adanya pusat hiburan seperti itu. Maka, semakin banyak pusat hiburan dibina, makin banyak sumber semula jadi dikorbankan sekaligus menyumbang kepada pemanasan global.
Persaingan:
Pada masa kini, berlaku persaingan dalam pelbagai hal. Setiap negara atau empayar ingin menjadi lebih baik daripada yang lain dalam sesuatu aspek atau secara keseluruhannya. Lihat sahaja, semua orang berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi, hotel termewah, bangunan terunik, rumah terbesar dan sebagainya. Semua yang telah dinyatakan sebentar tadi hanyalah KEHENDAK manusia semata-mata. Malah jika bangunan tersebut tidak dibina sekalipun, manusia masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Persaingan yang semakin lama semakin meningkat akan meningkatkan lagi jumlah sumber yang digunakan. Maka, hal ini akan menyumbang kepada pemanasan global.
Peperangan:
Dalam usaha untuk bersaing bagi menjadi yang paling berkuasa, peperangan telah dijadikan satu medium bagi beradu tenaga dan kekuatan. Negara yang menang dan berjaya menakluki jajahan takluk yang lebih luas dikatakan sebagai lebih hebat daripada yang lain. Peperangan akan melibatkan penggunaan senjata dalam skala yang besar. Hal ini turut menyumbang kepada pemanasan global. Sebagai contoh, senjata nuklear yang dilancarkan oleh sesuatu negara bukan sahaja akan menghancurkan sasarannya malah meninggalkan kesan yang negatif terhadap persekitaran. Kehancuran hidupan semula jadi dalam skala yang besar akan terus menyumbang kepada pemanasan global.
Kajian dan ujikaji dalam perkembangan ilmu pengetahuan:
Melalui pertembungan dengan tamadun islam, masyarakat Eropah telah memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang telah dibangunkan oleh umat islam sendiri. Sehinggakan perkembangan ilmu tamadun islam telah menyumbang kepada zaman renaissance dan revolusi perindustrian di Eropah itu sendiri. Dalam usaha membangunkan ilmu pengetahuan untuk tujuan peperangan, masyarakat Barat telah melakukan ujikaji seperti ujikaji senjata nuklear, penciptaan dynamite dan bom atom. Segala senjata dan bahan letupan ini bukan sahaja menghancurkan kawasan ujikaji yang biasanya kawasan lapang yang dikelilingi hutan malah turut boleh mengakibatkan radiasi dan pencemaran. Hal ini turut berkait rapat dengan pemanasan global yang kian meruncing pada masa kini.