Assalamualaikum w.b.t
Hello, Hai , Welcome :D
Sebelum ini, saya pernah menyebut tentang Elemen 3 untuk kerja kursus Sejarah .Okay, kali ini saya akan kongsikan contoh esei untuk Elemen 3 bagi Tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 untuk anda semua . Anda bolehlah menjadikan esei ini sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan anda.
One thing , kalau anda ada rujuk esei ini atau ambil mana-mana bahagian sebagai contoh,
saya minta jasa baik anda semua untuk sekurang-kurangnya meninggalkan sepatah dua kata di ruangan Komen pada post ini ataupun pada Chat Box di sebelah kanan Blog ini . Mudah saja kan ? :D
Okay, here it comes . Hope it will be a bit of help to all of you to complete yours :)
Perhatian !!
Pastikan bahagian yang saya 'bold'kan di dalam esei ini tidak diubah kerana ia merupakan nilai-2 patriotisme yang dikehendaki oleh soalan. Anda boleh mengubah isi-isi karangan atau cara penulisan karangan, tetapi pastikan nilai-2 tersebut tidak diubah . Kalau tak silap saya, jumlah nilai yang dikehendaki oleh pemeriksa ialah 5 nilai untuk mendapat markah penuh. Saya ada masukkan 6 nilai dalam esei ini . Anda boleh pilih mana-2 5 nilai yang anda suka . That's all :D
#Harap Membantu :)
Kerja Kursus Sejarah - Elemen 3
- TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?
Kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' telah mula dilancarkan di negara kita pada 4 April 1984 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perlancaran kempen ini menggambarkan kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat supaya mengutamakan barangan tempatan. Antara matlamat kempen ini diakan adalah untuk mengutamakan perusahaan tempatan, melindungi pengguna dan menggerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menyokong kempen ini kerana ia merupakan suatu tindakan yang wajar dan selari dengan visi dan misi negara.
Kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' telah mula dilancarkan di negara kita pada 4 April 1984 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perlancaran kempen ini menggambarkan kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat supaya mengutamakan barangan tempatan. Antara matlamat kempen ini diakan adalah untuk mengutamakan perusahaan tempatan, melindungi pengguna dan menggerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menyokong kempen ini kerana ia merupakan suatu tindakan yang wajar dan selari dengan visi dan misi negara.
Kini, rakyat di negara kita sudah semakin arif dalam bidang penghasilan produk. Hal ini terbukti apabila rakyat tempatan mampu menghasilkan pelbagai jenis barangan, daripada barangan elektronik, perhiasan sehinggalah kepada barangan keperluan harian. Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara kita sudah mampu berdikari tanpa bergantung kepada negara-negara lain. Tambahan pula, semangat cinta akan negara dapat dipupuk melalui pengutamaan yang diberikan kepada penggunaan barangan tempatan. Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu-padu di negara kita.
Akhir sekali, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita seharusnya berganding bahu untuk membangunkan negara dengan menyahut seruan dan menyokong halatuju kempen ini. Hal ini kerana kerjasama daripada kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan rakyat adalah diperlukan bagi menjayakan hasrat murni kerajaan untuk memastikan produk tempatan di negara kita mendapat tempat di mata dunia melalui kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' ini. Tuntasnya, kita seharusnya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini memandangkan inisiatif untuk menjana ekonomi negara sentiasa diaplikasikan dan diimplimentasikan dalam skop yang luas. Konklusinya, kempen ini sewajarnya diteruskan agar produk tempatan terus mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia.
Itu sahaja .Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog yang tidak seberapa ni.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada di sini ataupun di :
- Facebook : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: bakhtiar97
-Twitter : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: ImBakhtiar
Sekian,
Achmad Bakhtiar M Yuni
15
The Malay College Kuala Kangsar