Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 ( Mine :D )

4:36 AM

Assalamualaikum w.b.t
Hello, Hai , Welcome :D

Okay, kali ni saya nak kongsi contoh Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 .
Bolehlah kalau nak buat rujukan atau contoh .
One thing ,   kalau anda ada rujuk kerja kursus ini atau ambil mana-mana bahagian sebagai contoh,
saya minta jasa baik anda semua untuk sekurang-kurangnya meninggalkan sepatah dua kata di ruangan Komen pada post ini ataupun pada Chat Box di sebelah kanan Blog ini . Mudah saja kan ? :D
Okay, here it comes . Hope it will be a bit of help to all of you to complete yours :)



Produk Tempatan Di Negara Kita

Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan


Nama Pelajar: Achmad Bakhtiar bin M Yuni
Nombor Kad Pengenalan : 970127-03-xxxx
Kelas : 3 Unggul
Sekolah : The Malay College Kuala Kangsar
Nama Guru : Puan Aisah binti Baharin

Senarai Kandungan

 

Perkara                                                                                                Halaman
1)Penghargaan…………………………………………………………………………
2)Pendahuluan…………………………………………………………………………
3)Objektif Kajian……………………………………………………………………...
4)Kawasan Kajian……………………………………………………………………..
5)Kaedah Kajian……………………………………………………………………….
6)Hasil Kajian………………………………………………………………………….
7)Rumusan……………………………………………………………………………..
8)Lampiran……………………………………………………………………………..
9)Rujukan……………………………………………………………………………….


Penghargaan
      Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Anand bin Baharuddin, Pengetua The Malay College Kuala Kangsar kerana telah memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Aisah binti Baharin selaku guru subjek Sejarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
      Selain itu, saya juga ingin mengekspresikan penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Puan Saleha binti Saleh serta Encik M Yuni bin Muji yang telah banyak memberi sokongan moral serta membiayai segala kos yang diperlukan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan saya iaitu, Khairul Syahman bin Juhar serta Muhammad Amir bin Saari yang telah banyak membantu saya dalam proses pengumpulan maklumat. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pengasas syarikat RS Warisan, iaitu Puan Che Som binti Jusoh kerana telah memberi kerjasama yang jitu semasa proses temu ramah.
     Tanpa bantuan individu-individu di atas, saya yakin saya tidak mampu untuk menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya siapkan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan.



Objektif Kajian


Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-


1)      Mendefinisikan konsep dan jenis produk tempatan di negara kita.
2)      Menghuraikan dan menjelaskan maklumat asas produk tempatan.
3)      Menghuraikan dan menjelaskan latar belakang produk tempatan.
4)      Menyatakan dan menjelaskan kaedah atau cara penghasilan produk tempatan.
5)      Menyatakan dan menjelaskan perkembangan produk tempatan.



Kaedah Kajian



   Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai kaedah telah saya gunakan dan praktikkan sepanjang proses pengumpulan bahan dan maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah melalui pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian yang cekap terhadap kawasan, aktiviti, kemudahan serta sebagainya yang terdapat di sekitar kawasan tempat penghasilan kopi pracampuran tersebut . Saya telah melakukan pemerhatian selama sehari di kawasan kajian semasa cuti sekolah.

Selain itu, saya turut melakukan rujukan terhadap produk kopi pracampuran tersebut melalui beberapa individu-individu sukarela yang sanggup menemu bual bersama saya. Saya telah berjaya mendapatkan maklumat tambahan berkaitan sejarah, latar belakang serta pelbagai maklumat dan panduan tambahan tentang pelbagai aspek seperti cara penghasilan produk dan sebagainya melalui kaedah ini. Individu- individu  tersebut  telah banyak membantu sepanjang proses pengumpulan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya juga telah mendapatkan maklumat dengan melawati laman-laman sesawang yang terdapat di Internet. Dengan kaedah ini, saya dapat mengumpulkan pelbagai maklumat-maklumat tambahan serta info yang amat berguna dalam pengolahan kerja kursus ini. Selain itu juga, saya dapat mendapatkan bahan-bahan seperti gambar produk dan sebagainya melalui kaedah ini.




Hasil Kajian


 

1.     Maklumat Asas Produk Tempatan


       Pada cuti persekolahan penggal pertama yang lepas, saya telah menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap produk tempatan. Produk yang saya telah saya kaji merupakan kopi tradisional yang lebih dikenali dengan nama Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan dan terdiri daripada kategori makanan. Syarikat yang saya kaji ialah syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise yang terletak di bertapak di Kampung Batu Lapan, Pasir Puteh, Kelantan.
    Saya telah memilih untuk melakukan kajian terhadap produk ini kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan rumah saya iaitu kira-kira 10 km dari rumah saya dan hanya mengambil masa kira-kira 5 minit untuk ke sana. Syarikat tersebut menyambut kedatangan saya dengan hati yang terbuka dan mereka sangat berbesar hati untuk menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan serta memberikan kerjasama yang jitu sepanjang proses temu bual serta kajian dilakukan.









2.     Latar Belakang Produk

    
Sejarah Kewujudan

Pada awalnya, kopi merupakan salah satu daripada pelbagai tanaman dagangan yang telah dibawa ke Malaysia ketika zaman penjajahan British. Ia merupakan tanaman yang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi. Tanaman ini juga mendapat permintaan tinggi dari negara-negara Eropah suatu ketika dahulu. Setelah zaman beredar, masyarakat Melayu yang terkenal dengan pelbagai adat resam dan budaya mula mengolah dan menghasikan pelbagai jenis kopi herba dan kopi pracampuran yang biasanya dicampurkan dengan herba-herba seperti tongkat ali dan sebagainya.
    Penubuhan syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise ini bermula dari minat dan kesediaan membantu orang dalam kesusahan dan kecemasan pengasasnya, Puan Che Som melakukan kerja-kerja bidan kampung dari mengurut sehingga menyediakan ramuan air akar kayu bagi ibu-ibu bersalin yang kemudiannya di jadikan kapsul.
Berbekalkan keyakinan kepada Allah s.w.t. dan desakan permintaan dari masyarakat setempat maka beberapa jenis jamu lagi di keluarkan dari masa ke semasa oleh syarikat ini.
    Namun selaras dengan kemajuan sains dan teknologi beserta kesedaran pengusaha syarikat akan pentingnya produk, perusahaan ini didaftarkan juga di atas desakan pelanggan agar usaha mereka dikomersialkan bagi memenuhi permintaan setempat. Dengan ini, pengasas syarikat ini  telah mengambil langkah mementerai perjanjian pengilangan dengan syarikat GMP di kawasan industri MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Usaha murni kakitangan syarikat walau banyak dugaan mendatang dek kerana ceteknya ilmu dalam selok-belok pengilangan, kurangnya pengalaman menilai manikam dan kekangan modal tidak sama sekali memudarkan semangat mereka. Mereka terus bangun dan melangkah, mengkaji punca dan menyelesaikan masalah, melayari laman sesawang mencari informasi dan mendekati jauhari mempersiapkan diri.
Berkat segala usaha dan komitmen yang tidak pernah berbelah bahagi daripada seluruh anggota syarikat, maka lahirlah produk Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan yang menjadi tajuk kajian saya untuk kerja kursus ini. Selain produk kopi tersebut, syarikat ini turut menghasilkan set penjagaan diri Bioseri Rias Wajah, ulam terung penawar resdung, ubi jaga kesihatan lelaki dan juga pelbagai jamu kesihatan diri. Selain itu, syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise juga mengeluarkan produk berupa makanan kesihatan seperti Soyseri Kolagen, Susu Halia dan Kopi Herbatussaudah.

Punca dan Jumlah Modal

   Mengikut maklumat yang telah saya dapati melalui proses temu ramah bersama pengasas, Puan Che Som, syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise ini telah ditubuhkan pada 17 Jun 2008. Namun begitu, beliau telah memulakan operasi sejak dari tahun 1993. Syarikat ini ditubuhkan dengan menggunakan modal yang didapati daripada wang simpanan hasil daripada perkongsian ahli keluarga beliau. Antara individu yang banyak menyumbang ialah anak beliau sendiri iaitu, Puan Saleha binti Saleh.
   Menurut beliau lagi, syarikat ini ditubuhkan dengan menggunakan modal yang berjumlah kira-kira RM10,00 bagi mendaftarkan syarikat, membina stor bahan-bahan, membeli peralatan dan juga mengemaskini sistem syarikat. Ada juga ahli keluarga lain yang turut memberikan sumbangan tenaga dan wang sepanjang proses penubuhan syarikat.

 

Pendaftaran Perniagaan

    Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kelantan pada 17 Jun 2008. Dengan adanya sijil perakuan pendaftaran syarikat ini, syarikat ini dapat menkomersialkan produk-produknya serta mampu mengeluarkan produk baru dalam skala yang lebih besar.

Tujuan / Kepentingan Produk

   Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ternyata berbeza dengan kopi-kopi lain yang terdapat di pasaran kerana ia bukan sekadar kopi malah turut mempunyai pelbagai khasiat untuk para pengguna.

Antara khasiat kopi ini adalah seperti:
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mencuci keracunan dalam badan
  • Menambah tenaga batin
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan air besar
  • Mengurangkan kolestrol dan stres



Keunikan Produk

   Jika dibandingkan dengan pelbagai jenis produk kopi lain di pasaran negara kita, Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ternyata berbeza dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Hal ini kerana Kopi Pracampuran Chandik Murai adalah kopi segera yang mempunyai khasiat herba seperti ekstrak Tongkat Ali, Habbatus Sauda, Ubi Jaga, Ganoderma, Misai Kucing, Chandik Murai Dan Mengkunyit.
   Dengan adanya pelbagai jenis herba ini, menjadikan kopi ini berbeza daripada kopi-kopi lain. Tidak hairanlah apabila saya dapat melihat ramai pelanggan yang sanggup datang dari jauh ke Kampung Batu Lapan ini semata-mata ingin mendapatkan bekalan kopi ini serta ubat-ubatan lain. Hasilnya yang mujarab dapat dilihat dalam masa yang singkat serta terbukti apabila semua pelanggan yang pernah mencuba produk ini ternyata berpuas hati dengan keberkesanannya serta kesedapan rasanya yang tersendiri.













3.      Kaedah / Cara Penghasilan

 

     Tenaga Kerja

      Bagi menghasilkan Kopi Pracampuran Chandik Murai ini, suatu kontrak telah termeterai antara Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise dan Syarikat Seri MH Ummi SDN BHD. Syarikat ini telah bersetuju untuk bertindak sebagai pengilang GMP dan Halal bagi pemprosesan dan pembungkusan produk keluaran Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise termasuklah kopi tersebut. Tenaga kerja yang dikerah oleh syarikat tersebut di bawah sektor pemprosesan dan pembungkusan Kopi Pracampuran Chandik Murai ini ialah lebih kurang seramai 10 orang pekerja.

Senarai Bahan

     Kopi Pracampuran Chandik Murai merupakan kopi herba yang telah diadunkan bersama serbuk kopi segera dan juga beberapa herba yang lain. Berikut merupakan senarai bahan yang digunakan dalam penghasilan produk ini :

1. Kopi Segera
2. Habbatus Sauda
3. Ekstrak Tongkat Ali
4. Ubi Jaga
5. Ganoderma
6. Mengkunyit
7. Misai Kucing
8. Chandik Murai

 Proses Penghasilan

   Setelah menebual pihak pengusaha, saya telah berjaya mendapatkan maklumat tentang proses penghasilan Kopi Pracampuran Chandik Murai ini. Namun demikian, pihak kilang tidak membenarkan pelawat untuk melihat atau mengambil gambar atas alasan bagi menjaga identity serta mengelakkan daripada berlakunya peniruan. Oleh itu, saya hanya dapat menyediakan maklumat tentang proses penghasilan kopi tersebut.
   Proses penghasilannya melibatkan kerja memanggang biji kopi di dalam ketuhar khas selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160 hingga 200 darjah Celsius sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan herba tersebut. Adunan itu kemudiannya akan dikacau secara berterusan di dalam kuali pembakar yang menggunakan minyak tanah atau diesel selama 20 minit untuk memastikannya sebati sebelum menghasilkan asap yang banyak setelah benar-benar masak.
    Selepas itu, adunan berkenaan akan dituang ke dalam dulang besar untuk dikering dan disejukkan menggunakan kipas angin selama 15 minit sambil digaul secara perlahan-lahan.Setelah sejuk, adunan yang akan membentuk ketulan-ketulan besar dan keras akan dimasukkan ke dalam mesin khas yang dikenali sebagai 'mesin pecah' sebanyak dua pusingan untuk menghasilkan serbuk kasar.
          Seterusnya, ia akan dikisar dengan mesin khas untuk menghasilkan serbuk kopi campuran yang halus sebelum dihantar ke peringkat akhir iaitu pembungkusan. Pembungkusan dikendalikan oleh para pekerja menggunakan mesin semi-automatik yang memerlukan pemantauan manusia.


   Spesifikasi Produk

   Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ini didatangkan dalam dua variasi bagi membolehkan para pengguna untuk memilih bungkusan kegemaran masing-masing mengikut tahap kemampuan ekonomi masing-masing. Pertama, kopi ini didatangkan dalam sachet indvidu yang dijual secara kotak. Setiap kotak mengandungi 20 sachet dan dijual dengan harga RM22.00 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM25.00 bagi Sabah dan Sarawak. Kedua, kopi ini didatangkan dalam bungkusan 500 gram. Cara ini biasanya digemari oleh pengguna yang tergolong daripada tahap ekonomi rendah dan sederhana kerana ia lebih murah. Ia dijual dengan harga RM18.00 sebungkus bagi Semenanjung Malaysia manakala RM21.00 bagi Sabah dan Sarawak.

     Langkah-langkah Kawalan Mutu

Bagi menjamin kualiti produk yang tinggi, menepati piawaian produk GMP dan Halal, serta mengekalkan mutu produk kopi tersebut, pihak pengilangan telah mengambil inisiatif-inisiatif yang efektif bagi menjamin kepuasan hati para pengguna. Antara langkah kawalan mutu yang dipraktikkan oleh pihak kilang adalah dengan menggunakan paket pembungkus yang kedap udara bagi mengekalkan kualiti serbuk kopi agar ia tahan lama dan tidak mengeras. Jika dilihat dari segi pemprosesan pula, setiap peringkat penghasilan serta mesin yang terlibat dalam pemprosesan kopi ini dikawal rapi oleh para pekerja kilang.
Dengan ini, kualiti Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan dapat dijaga bagi menjamin kepuasan hati pelanggan. Maka tidak hairanlah apabila para pelanggan tidak pernah jemu untuk membeli dan terus menggunakan produk ini memandangkan ia sememangnya berkualiti serta berbaloi untuk jumlah wang yang dilaburkan.

4.    Perkembangan Produk

     Rangkaian Pemasaran

    Pada peringkat awal penubuhan syarikat, produk-produk seperti kopi ini hanyalah dipasarkan di rumah pengusaha sahaja dan juga kampung-kampung berdekatan. Namun begitu, akibat daripada mutu serta rasa produk yang memuaskan hati pengguna, berita tentang kopi ini terus menitip dari mulut ke mulut hinggalah sampai ke negeri-negeri lain. Sejak itu, permintaan terhadap Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan terus meningkat sehingga pihak syarikat terpaksa meningkatkan pengeluaran kopi tersebut.
   Daripada dipasarkan di rumah sahaja, pemasaran produk ini terus meluas apabila adanya ejen-ejen yang bertindak sebagai pengedar dan juga menjual produk ini secara runcit. Ada juga yang menjadi stokis menjual barangan keluaran Syarikat RS Warisan Enteprise. Kini, produk kopi ini boleh didapati di merata-rata tempat termasuklah di farmasi-farmasi yang mengambil bahagian dalam penjualan produk ini. Terdapat juga restoran-restoran yang menjadikan kopi ini sebagai salah satu daripada hidangan atau menu yang disediakan di restoran masing-masing.
   Selain itu juga, pihak syarikat turut memasarkan produk secara dalam talian atau online di mana pengguna yang berminat untuk membeli produk ini boleh membuat tempahan secara online ataupun dengan menelefon wakil daripada syarikat. Bayaran dibuat secara bank-in ataupun peralihan wang ke dalam akaun bank milik syarikat dan produk tersebut akan dihantar ke rumah pelanggan menggunakan khidmat pos.


Sambutan Daripada Pengguna

    Menurut pengasas Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise, iaitu Puan Che Som, semua produk keluaran syarikat beliau berjaya mencuri perhatian para pengguna dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mereka. Hal ini terbukti apabila syarikat ini berjaya mendapatkan pelanggan-pelanggan setia.
Tidak terkecuali, Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan merupakan antara produk yang paling laris antara semua produk keluaran syarikat ini kerana ia boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.Tidak hairanlah semasa saya menemuramah pengusaha syarikat tersebut, stok kopi ini hampir habis dan saya bernasib baik apabila mendapat sepaket kopi secara percuma sebagai buah tangan daripada syarikat tersebut.

  Kemajuan Yang Dicapai

    Memandangkan Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise merupakan sebuah syarikat yang agak baru dalam dunia perniagaan, keuntungan yang dicapai oleh syarikat tidaklah sebanyak atau sebesar syarikat-syarikat perniagaan gergasi di negara kita, tetapi ia masih boleh dibanggakan apabila syarikat ini kebiasaannya mencatatkan keuntungan bersih dalam lingkungan RM4,000 – RM7,000 sebulan. Menurut Pengarah Urusan syarikat tersebut iaitu Puan Saleha, keuntungan bersih yang paling tinggi pernah dicatat oleh syarikat ialah sebanyak RM20,000 sebulan. Menurut beliau lagi, wang tersebut kebanyakannya digunakan untuk meluaskan lagi pemasaran produk serta menaik taraf syarikat.

 

  Cabaran Dan Masalah Yang Dihadapi

  Pasa masa kini, cabaran paling besar yang dihadapi oleh syarikat adalah untuk mengiklankan perniagaannya melalui media seperti akhbar dan televisyen memandangkan kosnya yang mahal. Oleh itu, pihak syarikat hanya mampu mengiklankan produk-produk keluaran mereka melalui radio iaitu melalui Siaran THR Gegar Pantai Timur dan juga Radio Kelantan.
 
Masalah yang dihadapi oleh syarikat ini ialah ketiadaan kilang sendiri untuk melakukan pemprosesan serta pembungkusan produk-produk keluarannya. Mereka masih cuba untuk mengumpulkan wang bagi membina kilang sendiri. Sementara hasrat itu tercapai, pihak syarikat mengadakan kontrak dengan syarikat lain bagi tujuan pengilangan.

   Perancangan Masa Hadapan

  Harapan Syarikat Rahsia Sentuhan Warisan Enteprise untuk masa depan adalah untuk mempunyai kilang GMP sendiri . Cita-cita murni ini akan tercapai apabila mereka berjaya persiapkan syarikat dengan keperluan prasarana dan mendapat khidmat bimbingan dan latihan dari pihak profesional yang wujud di Malaysia. Selain itu, syarikat ini juga berhasrat untuk memperbesar lagi skala operasi syarikat bukan sahaja ke seluruh negara malah untuk mengeksport produk-produk keluaran mereka terutamanya Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ini ke negera-negara luar.


Rumusan
     
Setelah menjalankan kajian ini, saya telah dapat memahami dengan lebih dalam tentang industri penghasilan produk tempatan di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka  terhadap hasil produk-produk tempatan yang ada dan dihasilkan di negara kita. Dengan ini, ia telah menyebabkan timbulnya rasa syukur dalam diri saya dan membuatkan saya menghargai setiap produk tempatan yang telah dihasilkan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan kepentingan mereka dalam menjana ekonomi negara.
        Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat di negara kita yang kreatif, inovatif, saling menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Hal ini membuktikan bahawa produk yang dihasilkan oleh masyarakat kita mempunyai kualiti yang tinggi serta keunikannya yang tersendiri. Ia juga menunjukkan bahawa produk tempatan mampu bersaing dengan barangan import. Secara tidak langsung, perlaksanaan kerja kursus ini mengajar diri saya untuk menyokong produk tempatan agar negara kita dapat membangun maju sekaligus mendekatkan lagi kita dengan Wawasan 2020.
      Akhir sekali, kesejahteraan dan keamanan  negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan produk-produk keluaran tempatan kerana apabila produk tempatan digunakan dengan meluas berbanding barangan import, ekonomi negara dapat mencapai pertumbuhan mendadak. Hal ini mampu meningkatkan taraf hidup penduduk sekaligus mengurangkan bilangan penduduk miskin di negara kita. Oleh itu, kita hendaklah memberikan sokongan padu terhadap produk tempatan demi kebaikan semua pihak.



     Lampiran            

  
Saya tidak meletakkan lampiran memandangkan bahan-bahan seperti gambar dan sebagainya sukar untuk 
 

diupload . Oleh itu, anda boleh meletakkan bahan-bahan yang bersesuaian di ruangan ini. Antara bahan 

yang sesuai untuk diletakkan ialah :




  • Salinan kad pengenalan calon , orang yang ditemu duga, orang sumber
  • Borang soal selidik (jika ada)
  • brouchure
  • Bussiness Card Syarikat
  • Gambar melawat tempat kajian
  • Contoh produk yang boleh diletak ( bahan yang diawet dan sebagainya )
  • Peta kawasan kajian
  • Peta daerah
  • Dokumen-dokumen yang berkaitan
#Jangan lupa tulis kapsyen di setiap bahan lampiran yang diletakkan




Rujukan
1)Orang Sumber:
Nama : Saleha binti Saleh
Umur : 39 Tahun
Alamat : No 8, Lot 2550 KG Batu 8, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Pekerjaan : Guru / Pengarah Urusan Syarikat Rahsia Sentuhan Warisan Enteprise

Nama : Che Som binti Jusoh
Umur :  56 Tahun
Alamat : No 8, Lot 2550 KG Batu 8, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Pekerjaan : Pengasas Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise
Nama : Saleh bin Hamat
Umur : 64 Tahun
Alamat : No 8, Lot 2550 KG Batu 8, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Pekerjaan : Pengurus Pemasaran Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise

2) Dokumen – Profil Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise

3) Internet -  http://rahsiasentuhanwarisan.blogspot.com/
                  -  http://cikgurazak.blogspot.com/2012/02/kerja-kursus-sejarah-pmr-2012_11.html
                  -  http://www.smkpuchongutama1.com/sejarah/hasil-kajian-kerja-kursus-sejarah-                        pmr-2012 
                  -  http://cikgurazak.blogspot.com/2012/02/kerja-kursus-sejarah-2012-ulasan- 
                      2.html



Itu sahaja . Esei untuk Elemen 3 akan menyusul kemudian . Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada di sini ataupun di :
- Facebook : Achmad Bakhtiar M Yuni  Username: bakhtiar97
-Twitter : Achmad Bakhtiar M Yuni  Username: ImBakhtiar

Sekian,

Achmad Bakhtiar M Yuni

15
The Malay College Kuala Kangsar


You Might Also Like

13 comments

  1. Bakte, boleh bagi contoh elemen 1 ? tq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. Saya akan berikan contoh elemen 1 dalam masa yang terdekat. So, stay tuned for updates :D

      Delete
  2. Bakte, ni orang yang sama. Tajuk Kajian tu macam mane ? tq :)1014 MCKK

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk kajian ? tengoklah yang macam kat contoh tu.
      Tulis tajuk umum - Produk Tempatan di Negara kita
      Then tulis tajuk ikut tajuk anda - contoh: Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan

      Delete
  3. 巴赫蒂亚尔,例如元素1。谢谢。Ni soalan akuu kepada kau. Sori mengada. Kau kan gempak mandarin :)Anonymous ni budak koleq gak. 1014.

    ReplyDelete
  4. 巴赫蒂亚尔,例如元素1。谢谢。 = Bakhtiar, for example, element 1. thank you.
    Amboii, rajin betul ehh siap tanya guna bahasa mandarin lagi. haha
    Dalam proses. Akan diupload malam ni jugak :D
    #Stay Tuned :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kalau vcd, letak jer vcd tu kat lampiran . tampal lah pakai apa-2 :)

      Delete
  6. assalamualaikum,,
    hey,, its a good guide anyway...
    kinda kind 4 you to share this thing...
    anyhow..
    thanks and may allah bless you~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussaam.
      hehe, it's not very good but i tried my best to make it great so that all of you can make the full use of it :)
      u're most welcome and may Allah bless you too ^_^
      Thank you for your wish and for visiting :D

      Delete

Your comment reflects yourself .
So, do leave a comment in a good way :)
Thank you :D