Assalamualaikum w.b.t
Hello, Hai , Welcome :D
Okay, kali ni saya nak kongsi panduan serta contoh Elemen 1- Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 . Bolehlah kalau nak buat rujukan atau contoh .
One thing , kalau anda ada rujuk panduan atau contoh ni atau ambil mana-mana bahagian sebagai contoh,
saya minta jasa baik anda semua untuk sekurang-kurangnya meninggalkan sepatah dua kata di ruangan Komen pada post ini ataupun pada Chat Box di sebelah kanan Blog ini . Mudah saja kan ? :D
Okay, here it comes . Hope it will be a bit of help to all of you to complete yours :)
Keperluan elemen 1
- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet
a. buku / majalah / jurnal
- cari buku berkaitan dengan tajuk anda
- tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
- kalau sesuai
- photostat muka depan
- phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
- photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan
- catatan - majalah yang sesuai
- biasanya yang resepi cikgu tak bagi sebagai rujukan
b. akhbar
- cari maklumat yang sesuai dengan tajuk
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- mesti ada pernyataan
- kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
- masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana
c. orang sumber
- pergi ke tapak perushaan
- temuramah pengusaha
- buatkan tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan ada kaitan dengan hasil kajian
d. internet
- cari kat internet tentang tajuk kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- print apa yang anda dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu
e. melawat tempat kajian
- pergi ke tapak perusahaan
- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk
Then, ni ada contoh dialog temu ramah :D
Pada cuti sekolah penggal pertama yang lepas iaitu pada 13 Mac, saya,
Achmad Bakhtiar Bin M Yuni bersama rakan-rakan telah melawat kawasan kajian
iaitu di pengkalan Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise yang bertapak di Kampung
Batu Lapan, Pasir Puteh, Kelantan. Semasa lawatan tersebut diadakan, saya
sebagai wakil daripada pihak kami telah
menemu ramah Pengasas Syarikat, iaitu Puan Che Som binti Jusoh. Berikut
merupakan dialog perbualan kami.
Saya : Assalamualaikum dan selamat sejahtera Puan. Tujuan saya melawat ke syarikat Puan
pada hari ini adalah untuk menemu ramah Puan dan bertanyakan beberapa soalan.
Pertama sekali, bolehkah Puan menceritakan serba sedikit tentang sejarah kewujudan
syarikat ini ?

Puan Che Som : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Secara
ringkasnya, segalanya
bermula dari minat dan kesediaan saya untuk membantu orang yang dalam
kesusahan dan kecemasan. Saya melakukan kerja-kerja bidan kampung dari
mengurut dan menyediakan ramuan air akar kayu bagi ibu-ibu bersalin yang
kemudiannya di jadikan kapsul. Berbekalkan keyakinan kepada Allah s.w.t.
dan desakan permintaan dari masyarakat setempat maka beberapa jenis jamu
lagi di keluarkan dari masa ke semasa. Namun selaras dengan kemajuan
sains dan teknologi beserta kesedaran kami akan pentingnya produk kami di
daftarkan juga di atas desakan pelanggan agar usaha kami di komersialkan
bagi memenuhi permintaan mereka, maka kami telah mengambil langkah
mementerai perjanjian pengilangan dengan syarikat GMP di kawasan
industri MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Saya : Wah ! Saya berasa amat kagum terhadap kegigihan dan kesabaran Puan sepanjang
penubuhan Syarikat Rahsia Sentuhan Warisan ini. Seterusnya, bolehkah sekiranya
Puan menceritakan serba sedikit tentang penghasilan produk-produk daripada syarikat
ini termasuklah produk Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ?
Puan Che Som : Usaha murni kami walau banyak dugaan mendatang dek kerana
ceteknya ilmu dalam selok-belok pengilangan, kurangnya pengalaman
menilai manikam dan kekangan modal tidak sama sekali memudarkan
semangat kami. Berkat kerjasama yang diberikan oleh semua kaki tangan
syarikat maka terhasillah Bedak sejuk inovasinya set penjagaan diri si
Bioseri Rias Wajah, ulam terung penawar resdung, ubi jaga kesihatan lelaki
dan juga pelbagai jamu kesihatan diri. Kami juga mengeluarkan makanan
kesihatan seperti Kopi Chandik Murai, Soyseri Kolagen, Susu Halia dan
Kopi Herbatussaudah. Bidang perkhidmatan yang kami tawarkan adalah urut
tradisional dan rawatan resdung.

Saya : Terima kasih atas penjelasan yang Puan berikan. Seterusnya,
bagaimana pula dengan
punca dan jumlah modal yang digunakan sepanjang penubuhan syarikat ?

Puan Che Som : Syarikat ini ditubuhkan dengan menggunakan modal yang
didapati daripada
wang simpanan hasil daripada perkongsian ahli keluarga saya sendiri.
Antara individu yang telah banyak memberikan sumbangan sepanjang
penubuhan syarikat ialah anak saya sendiri iaitu Puan Saleha binti Saleh.
Syarikat ini ditubuhkan dengan menggunakan modal yang berjumlah kira-
kira RM10,00 bagi mendaftarkan syarikat, membina stor bahan-bahan,
membeli peralatan dan juga mengemaskini sistem syarikat. Ada juga ahli
keluarga lain yang turut memberikan sumbangan tenaga dan wang sepanjang
proses penubuhan syarikat.

Saya : Setelah mendengar penjelasan daripada Puan, kini saya sedar
bahawa banyak
rintangan dan halangan yang perlu dihadapi bagi menubuhkan sesuatu institusi atau
syarikat. Beralih kepada soalan yang seterusnya, bolehkah Puan menerangkan serba
sedikit tentang proses penghasilan Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan
ini ?

Puan Che Som: Tiada masalah.
Proses penghasilannya melibatkan kerja memanggang biji
kopi di dalam ketuhar khas selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160
hingga 200 darjah Celsius sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan herba
tersebut. Adunan itu kemudiannya akan dikacau secara berterusan di dalam
kuali pembakar yang menggunakan minyak tanah atau diesel selama 20
minit untuk memastikannya sebati sebelum menghasilkan asap yang banyak
setelah benar-benar masak.

Selepas
itu, adunan berkenaan akan dituang ke dalam dulang besar untuk
dikering dan disejukkan menggunakan kipas angin selama 15 minit sambil
digaul secara perlahan-lahan.Setelah sejuk, adunan yang akan membentuk
ketulan-ketulan besar dan keras akan dimasukkan ke dalam mesin khas
yang dikenali sebagai 'mesin pecah' sebanyak dua pusingan untuk
menghasilkan serbuk kasar.

Seterusnya, ia akan dikisar dengan mesin
khas untuk menghasilkan serbuk
kopi campuran yang halus sebelum dihantar ke peringkat akhir iaitu
pembungkusan. Pembungkusan dikendalikan oleh para pekerja
menggunakan mesin semi-automatik yang memerlukan pemantauan manusia.

Saya : Rupa-rupanya, proses penghasilan kopi ini agak rumit. Tidak
hairanlah rasanya begitu
sedap dan mempunyai nilai-nilai kesihatan yang tinggi. Akhir sekali, bolehkah Puan
menceritakan masalah dan cabaran yang dihadapi serta perancangan syarikat untuk
masa depan ?

Puan Che Som : Masalah yang dihadapi oleh syarikat ini ialah ketiadaan
kilang sendiri untuk
melakukan pemprosesan serta pembungkusan produk-produk keluarannya.
Kami masih cuba untuk mengumpulkan wang bagi membina kilang sendiri.
Sementara hasrat itu tercapai, kami mengadakan kontrak dengan syarikat
lain bagi tujuan pengilangan. Seterusnya, harapan kami untuk masa depan
adalah untuk mempunyai kilang GMP sendiri . Cita-cita murni ini akan
tercapai apabila kami berjaya persiapkan syarikat dengan keperluan
prasarana dan mendapat khidmat bimbingan dan latihan dari pihak
profesional yang wujud di Malaysia. Selain itu, kami juga berhasrat untuk
memperbesar lagi skala operasi syarikat bukan sahaja ke seluruh negara
malah untuk mengeksport produk-produk keluaran syarikat kami
terutamanya Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ini ke
negera-negara luar.

Saya: Terima kasih atas kerjasama yang Puan berikan sepanjang proses
temu ramah ini. Saya
berharap syarikat Puan dapat mencapai matlamat serta hasrat seperti yang Puan
nyatakan kepada saya tadi. Saya beserta rakan-rakan saya mendoakan agar produk
Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ini akan Berjaya mendapat tempat
bukan sahaja di hati rakyat tempatan, malah mendapat pengiktirafan di mata dunia.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Jasa dan budi baik Puan amat kami hargai.

Itu sahaja . Harap ia dapat membantu anda untuk menyiapkan tugasan dengan lebih mudah dan lancar :D .Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada di sini ataupun di :
- Facebook : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: bakhtiar97
-Twitter : Achmad Bakhtiar M Yuni Username: Bakhtiar271
Sekian,
Achmad Bakhtiar M Yuni
15
The Malay College Kuala Kangsar