Panduan serta contoh Elemen 1 Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

10:27 AM

Assalamualaikum w.b.t
Hello, Hai , Welcome :D

Okay, kali ni saya nak kongsi panduan serta contoh Elemen 1- Kerja Kursus Sejarah PMR 2012 .
Bolehlah kalau nak buat rujukan atau contoh .
One thing ,   kalau anda ada rujuk panduan atau contoh ni atau ambil mana-mana bahagian sebagai contoh,
saya minta jasa baik anda semua untuk sekurang-kurangnya meninggalkan sepatah dua kata di ruangan Komen pada post ini ataupun pada Chat Box di sebelah kanan Blog ini . Mudah saja kan ? :D
Okay, here it comes . Hope it will be a bit of help to all of you to complete yours :)


Keperluan elemen 1

- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet


a. buku / majalah / jurnal


- cari buku berkaitan dengan tajuk anda
- tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
- kalau sesuai
- photostat muka depan
- phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
- photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan
- catatan - majalah yang sesuai
- biasanya yang resepi cikgu tak bagi sebagai rujukan


b. akhbar

- cari maklumat yang sesuai dengan tajuk
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- mesti ada pernyataan
- kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
- masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana


c. orang sumber

- pergi ke tapak perushaan
- temuramah pengusaha
- buatkan tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan ada kaitan dengan hasil kajian


d. internet

- cari kat internet tentang tajuk kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- print apa yang anda dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu


e. melawat tempat kajian

- pergi ke tapak perusahaan
- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk



Then, ni ada contoh dialog temu ramah :D

Pada cuti sekolah penggal pertama yang lepas iaitu pada 13 Mac, saya, Achmad Bakhtiar Bin M Yuni bersama rakan-rakan telah melawat kawasan kajian iaitu di pengkalan Syarikat Rahsia Sentuhan Enteprise yang bertapak di Kampung Batu Lapan, Pasir Puteh, Kelantan. Semasa lawatan tersebut diadakan, saya sebagai wakil daripada pihak kami  telah menemu ramah Pengasas Syarikat, iaitu Puan Che Som binti Jusoh. Berikut merupakan dialog perbualan kami.

Saya : Assalamualaikum dan selamat sejahtera Puan. Tujuan saya melawat ke syarikat Puan     
           pada hari ini adalah untuk menemu ramah Puan dan bertanyakan beberapa soalan.  
           Pertama sekali, bolehkah Puan menceritakan serba sedikit tentang sejarah kewujudan  
           syarikat ini ?
Puan Che Som : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Secara ringkasnya, segalanya 
                           bermula dari minat dan kesediaan saya untuk membantu orang yang dalam
                           kesusahan dan kecemasan. Saya melakukan kerja-kerja bidan kampung dari
                           mengurut dan menyediakan ramuan air akar kayu bagi ibu-ibu bersalin yang
                           kemudiannya di jadikan kapsul. Berbekalkan keyakinan kepada Allah s.w.t.
                           dan desakan permintaan dari masyarakat setempat maka beberapa jenis jamu
                            lagi di keluarkan dari masa ke semasa. Namun selaras dengan kemajuan
                            sains dan teknologi beserta kesedaran kami akan pentingnya produk kami di
                            daftarkan juga di atas desakan pelanggan agar usaha kami di komersialkan
                            bagi memenuhi permintaan mereka, maka kami telah mengambil langkah
                            mementerai perjanjian pengilangan dengan syarikat GMP di kawasan
                            industri MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.



Saya : Wah ! Saya berasa amat kagum terhadap kegigihan dan kesabaran Puan sepanjang
           penubuhan Syarikat Rahsia Sentuhan Warisan ini. Seterusnya, bolehkah sekiranya
           Puan menceritakan serba sedikit tentang penghasilan produk-produk daripada syarikat
           ini termasuklah produk Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ?
Puan Che Som : Usaha murni kami walau banyak dugaan mendatang dek kerana
                           ceteknya ilmu dalam selok-belok pengilangan, kurangnya pengalaman  
                           menilai manikam dan kekangan modal tidak sama sekali memudarkan
                           semangat kami. Berkat kerjasama yang diberikan oleh semua kaki tangan   
                           syarikat maka terhasillah Bedak sejuk inovasinya set penjagaan diri si
                           Bioseri Rias Wajah, ulam terung penawar resdung, ubi jaga kesihatan lelaki
                           dan juga pelbagai jamu kesihatan diri. Kami juga mengeluarkan makanan
                           kesihatan seperti Kopi Chandik Murai, Soyseri Kolagen, Susu Halia dan
                           Kopi Herbatussaudah. Bidang perkhidmatan yang kami tawarkan adalah urut
                           tradisional dan rawatan resdung.
Saya : Terima kasih atas penjelasan yang Puan berikan. Seterusnya, bagaimana pula dengan
           punca dan jumlah modal yang digunakan sepanjang penubuhan syarikat ?
Puan Che Som : Syarikat ini ditubuhkan dengan menggunakan modal yang didapati daripada
                           wang simpanan hasil daripada perkongsian ahli keluarga saya sendiri.
                           Antara individu yang telah banyak memberikan sumbangan sepanjang
                           penubuhan syarikat ialah anak saya sendiri iaitu Puan Saleha binti Saleh.
                           Syarikat ini ditubuhkan dengan menggunakan modal yang berjumlah kira-
                           kira RM10,00 bagi mendaftarkan syarikat, membina stor bahan-bahan,
                           membeli peralatan dan juga mengemaskini sistem syarikat. Ada juga ahli
                          keluarga lain yang turut memberikan sumbangan tenaga dan wang sepanjang
                          proses penubuhan syarikat.
Saya : Setelah mendengar penjelasan daripada Puan, kini saya sedar bahawa banyak
           rintangan dan halangan yang perlu dihadapi bagi menubuhkan sesuatu institusi atau
           syarikat. Beralih kepada soalan yang seterusnya, bolehkah Puan menerangkan serba
           sedikit tentang proses penghasilan Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan
           ini ?
Puan Che Som: Tiada masalah.   Proses penghasilannya melibatkan kerja memanggang biji
                           kopi di dalam ketuhar khas selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160
                           hingga 200 darjah Celsius sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan herba
                           tersebut. Adunan itu kemudiannya akan dikacau secara berterusan di dalam
                           kuali pembakar yang menggunakan minyak tanah atau diesel selama 20
                           minit untuk memastikannya sebati sebelum menghasilkan asap yang banyak
                           setelah benar-benar masak.
                           Selepas itu, adunan berkenaan akan dituang ke dalam dulang besar untuk
                           dikering dan disejukkan menggunakan kipas angin selama 15 minit sambil
                           digaul secara perlahan-lahan.Setelah sejuk, adunan yang akan membentuk
                            ketulan-ketulan besar dan keras akan dimasukkan ke dalam mesin khas
                            yang dikenali sebagai 'mesin pecah' sebanyak dua pusingan untuk
                            menghasilkan serbuk kasar.
                            Seterusnya, ia akan dikisar dengan mesin khas untuk menghasilkan serbuk
                             kopi campuran yang halus sebelum dihantar ke peringkat akhir iaitu
                             pembungkusan. Pembungkusan dikendalikan oleh para pekerja  
                           menggunakan mesin semi-automatik yang memerlukan pemantauan manusia.
Saya : Rupa-rupanya, proses penghasilan kopi ini agak rumit. Tidak hairanlah rasanya begitu
           sedap dan mempunyai nilai-nilai kesihatan yang tinggi. Akhir sekali, bolehkah Puan
           menceritakan masalah dan cabaran yang dihadapi serta perancangan syarikat untuk
           masa depan ?
Puan Che Som : Masalah yang dihadapi oleh syarikat ini ialah ketiadaan kilang sendiri untuk
                           melakukan pemprosesan serta pembungkusan produk-produk keluarannya.
                           Kami masih cuba untuk mengumpulkan wang bagi membina kilang sendiri.
                           Sementara hasrat itu tercapai, kami mengadakan kontrak dengan syarikat
                           lain bagi tujuan pengilangan. Seterusnya, harapan kami untuk masa depan
                           adalah untuk mempunyai kilang GMP sendiri . Cita-cita murni ini akan
                           tercapai apabila kami berjaya persiapkan syarikat dengan keperluan
                           prasarana dan mendapat khidmat bimbingan dan latihan dari pihak
                           profesional yang wujud di Malaysia. Selain itu, kami juga berhasrat untuk
                           memperbesar lagi skala operasi syarikat bukan sahaja ke seluruh negara
                           malah untuk mengeksport produk-produk keluaran syarikat kami
                           terutamanya Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ini ke
                           negera-negara luar.
Saya: Terima kasih atas kerjasama yang Puan berikan sepanjang proses temu ramah ini. Saya
          berharap syarikat Puan dapat mencapai matlamat serta hasrat seperti yang Puan
          nyatakan kepada saya tadi. Saya beserta rakan-rakan saya mendoakan agar produk
          Kopi Pracampuran Chandik Murai Herba Warisan ini akan Berjaya mendapat tempat
          bukan sahaja di hati rakyat tempatan, malah mendapat pengiktirafan di mata dunia.
          Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Jasa dan budi baik Puan amat kami hargai.


Itu sahaja . Harap ia dapat membantu anda untuk menyiapkan tugasan dengan lebih mudah dan lancar :D .Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada di sini ataupun di :
- Facebook : Achmad Bakhtiar M Yuni  Username: bakhtiar97
-Twitter : Achmad Bakhtiar M Yuni  Username: Bakhtiar271

Sekian,

Achmad Bakhtiar M Yuni

15
The Malay College Kuala Kangsar

You Might Also Like

13 comments

  1. Saya nak tanya melawat kawasan kajian haruslah ditulis dalam karangan atau point atau lain?mahu serta dengan gambar?

    ReplyDelete
  2. Sebaiknya, tulis dalam bentuk karangan. Tak perlu panjang sangat. Kalau boleh, sertakan sekali gambar awak di tempat kajian sebagai bukti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. o...Terima Kasih~
      saya pernah nampak kawan tahun lepas(2012) buat melawat tempat kajian cuma:
      'tempat:
      alamat:
      tarikh:'
      (and gambar)
      macam ini boleh digunakan?

      Delete
    2. Format macam tu pun diterima :)

      Delete
  3. Sye nk tnye orang sumber kene letak ape
    ye?

    ReplyDelete
  4. Sekurang-kurangnya mesti ada nama penuh, umur dan alamat. Ni contoh:

    Orang Sumber
    Contohnya:
    Encik Ali bin Mat, 43 tahun, No. 21, Jalan Lundu, Taman Lili, 52000, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  5. kaedah sekurang-kurang nya kena 3 atau 4 kan 3 boleh x??

    ReplyDelete
  6. Maaf terlambat. Sekurang-kurangnya 3 kaedah kajian. Tapi seeloknya buat lah 4 :)

    ReplyDelete
  7. Salam..nk tnya kalau saya buat melawat tempat kajian kena buat karangan mcm mane??diolog temu ramah kena buat jugak ke??

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam. Kalau awak buat melawat tempat kajian, boleh sertakan gambar awak melawat tempat tu dengan gambar-2 tempat tu sendiri. Kalau awak ada temu ramah pengusaha atau pun pihak yang terbabit, yang tu boleh dikira sebagai orang sumber. Buat dialog temu ramah. Contoh ada saya sediakan kat blog ni :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, dekat elemen 1, org sumber, saya perlu nyatakan dialog temubual ataupun tidak? Perlu letak kapsyen tak dekat gambar melawt tempat kajian?

    ReplyDelete
  10. terima kasih banyak2...semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan Encik, :)

    ReplyDelete

Your comment reflects yourself .
So, do leave a comment in a good way :)
Thank you :D